JALAN DA' OMAR, 24000, KEMAMAN, TRG     

 

Untuk memantapkan lagi sistem kualiti Hospital Kemaman, pihak pengurusan telah memulakan program Akreditasi Hospital. Aktiviti ke arah akreditsi bermula dengan latihan anggota terlibat oleh MSQH pada Mei 2002. Jawatankuasa Akreditasi dan Urusetia Kualiti Hospital Kemaman telah dibentuk dan sedang giat menjalankan aktiviti ke arah penganugerahan sijil Akreditasi yang dijangkakan diperolehi bagi tahun 2004

Pembinaan kompleks bangunan dewan bedah dan dewan bersalin di bawah RMK 7 telah bermula sejak Oktober 2001. Projek ini sedang berjalan lancar dan  dalam fasa akhir dijangkakan siap dan beroperasi pada Februari 2004. Penduduk di sekitar Kemaman akan menikmati faedah perubatan dan pembedahan yang lebih baik kerana kemudahan dan perlatan terkini digunakan disamping tenaga Pakar Pembedahan dan Pakar Sakit Puan / Obstetrik  telah pun bersedia untuk memulakan perkhidmatan mereka.

Hospital Kemaman telah diiktiraf sebagai hospital berkualiti dengan penganugerahan sijil MSISO 9002 pada 29 Mei 2001 oleh MAMPU. Ini merupakan kejayaan yang membanggakan semua warga Hospital Kemaman kerana dengan persijilan ini Hospital Kemaman merupakan hospital tanpa pakar yang pertama yang mendapat persijilan ISO 9002. Pada tahun 2004 Hospital Kemaman akan memohon untuk mendapatkan sijil ISO 9000 versi 2000

 Wad 4 Tingkat Hospital Kemaman telah dirasmikan pada 8 Julai 1999 oleh Dato Chua Jui Meng, Menteri Kesihatan Malaysia. Majlis Perasmian ini merupakan kemuncak kepada Hari Terbuka Hospital Kemaman yang diadakan dari 7- 8 Julai 1999.                                                                                                                          ........Berita Selanjutnya >>>

 

Hospital Kemaman,  Jalan Da' Omar , 24000, Kemaman, Terengganu, Tel: 09-8593333   Fax: 09-8595512