AKTIVITI

 

Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan diberi kepada pesakit dalam, waris pesakit dan orang awam samada melalui kursus, ceramah , forum dan pembelajaran berterusan untuk jururawat (CNE) atau kuiz.

 

Nasihat Dan Kaunseling

 

Tugas ini dilaksanakan untuk memberi kefahaman yang lebih jelas kepada pesakit oleh anggota Pusat ini, atau dengan kerjasama Pegawai Dietatik.

Anggota yang bertugas di bilik Pusat Sumber membuat lawatan ke wad-wad untuk memberi nasihat kesihatan kepada pesakit yang kurang upaya dan waris mereka.  Bagi pesakit yang mempunyai keupayaan akan dibawa ke bilik Pusat Sumber.

 

  

 

Demonstrasi

 

Panduan tunjuk cara dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran pesakit, waris dan anggota kesihatan dalam memberi/ menerima rawatan.

Perbincangan Kumpulan Kecil

Perbincangan dalam kumpulan seramai 3 atau 4 orang diadakan untuk mengetahui dan memberi panduan dalam masalah berkaitan dengan pengubatan dan rawatan yang diterima oleh pesakit.

 

 

Tayangan VCD.

Pesakit dari wad-wad dijemput dan diberi penerangan  mengenai penyakit melalui penggunaan audio visual yang ada di bilik Pusat Sumber ini.

 

 

 

 

 

Pameran Poster

 

Poster mengenai penyakit di pasang di sekitar hospital dan dipapan pameran yang disediakan disetiap wad.  Tajuk pameran poster akan ditukar setiap bulan.

Banner dan poster sempena kempen-kempen kesihatan tertentu dipamer pada masa yang ditetapkan.

 

 

Pemeriksaan Kesihatan

Saringan kesihatan iaitu pengambilan tekanan darah, kadar glukos dalam darah, jisim berat badan unggul dilaksanakan untuk agensi luar yang memohon perkhidmatan tersebut, selain sebagai aktiviti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa untuk memberi perkhidmatan kepada orang awam dan membantu Jawatankuasa lain yang ada di Hospital Kemaman menjalankan perancangan aktiviti mereka.

 

>>>> Pengenalan