PENDIDIKANPESAKIT

Kecederaan Bersukan ( Sport Injury )

Pengenalan

Bilangan rakyat Malaysia mengambil bahagian  di dalam aktiviti sukan dan riadah semakin
bertambah.Oleh itu, kes-kes kecederaan bersukan semakin bertambah.Kebanyakan
kecederaan bersukan boleh dielakkan dengan mengetahui lebih mendalam tentang cara-cara  pencegahannya.

Apakah kesilapan yang telah berlaku ?

  Kecederaan akibat pukulan yang tepat.
  Terseliuh atau terkehel disebabkan ketegangan yang berlebihan.
  Kecederaan yang berulang-ulang.
 

Sebelum anda memulakan senaman atau aktiviti sukan.
Lakukan :

   menjalani pemeriksaan kesihatan anda dengan doktor.
   Rancangkan latihan atau sesi sukan dengan lebih teratur
   Pilih aktiviti yang anda lebih suka.
   Bina stamina anda sedikit demi sedikit:
              ‘ berlatih bukan berletih’.
              jangan cuba menyaingi jaguh olimpik dalam minggu pertama latihan.
 

Sebelum bersukan atau bersenam.
Lakukan:

  latihan memanaskan badan yang sempurna – latihan regangan,pernafasan dan latihan

     am selama 10 – 15 minit.

  Senaman arobik seperti jogging,berenang dan lain-lain.

  Pakai pakaian yang sesuai

  Selepas bersenam/latihan – sejukkan badan dengan aktiviti regangan,pernafasan dan
     pergerakkan ringkas selama 10 – 15 minit
 
 

Jika anda tercedera ?

Dalam masa 72 jam yang pertama, mulakan program R.I.C.E

        R – Rest = rehat atau berhenti bermain/bersenam kerana tisu yang koyak atau
                               cedera perlu ambil masa untuk kembali pulih.

         I – Ice =     gunakan pek berisi ais selama 15 – 20 minit  sebanyak 3 kali sehari untuk
                              mengurangkan bengkak dan kesakitan.

        C – Compress = gunakan pembalut( bandage ) yang diperkemaskan dengan
                                   mengunakan pembalut elastik di atas pek ais untuk mengawal
                                   bengkak.

        E – Elevate = tinggikan bahagian anggota yang tercedera untuk memudahkan
                              pengaliran cecair bengkak dan pengaliran darah.
 

       JANGAN!

  curahkan air sejuk atau letakkan pek ais pada luka yang berdarah.

  Tegangkan bahagian anggota yang tercedera dalam masa 24 – 72 jam.

  Menuam atau mengurut dalam jangkamasa 72 jam yang pertama.

  Berlari atau bersenam terlalu awal.kalau dilakukan juga akan menyebabkan
                  kecederaan yang lebih teruk.
 
 
 
 

Laman Utama Objektif Piagam Pelanggan Kategori Perkhidmatan Bayaran Perkhidmatan Punca Rujukan Tips Kesihatan Sports Injury Rehabilitasi Pesakit Strok Kata Pujangga Cerebral Palsy