WAD OBSTETRIK

Wad  Obstetrik terletak di tingkat 1 bangunan baru Hospital Kemaman. Wad ini mempunyai 26 buah katil, termasuk 1 katil Bilik Asingan. Jumlah anggota yang bertugas seramai 29 orang dan di bawah penyeliaan seorang Ketua Jururawat.

Wad Obstetrik memberi rawatan dan perawatan perkhidmatan 24 jam. Anggota bertugas mengikut giliran syif. Setiap pesakit akan diperiksa sekurang-kurangnya 1 kali sehari oleh pegawai perubatan kecuali pesakit yang bermasalah.

 

Perkhidmatan

Discaj

Perkhidmatan Cardiotocography.

Perkhidmatan Ultrasound.

ECG ( Electrocardiogram) - jika perlu

Perkhidmatan Pakar

Sudut Penyusuan

Memberi perkhidmatan Klinik AnteNatal 1 kali bagi kes-kes yang berisiko tinggi semasa mengandung.

Rawatan/perkhidmatan kepada ibu-ibu mengandung yang terdiri daripada usia kandungannya 28 minggu ke atas dengan tidak mengira diagnosa.

Menerima dan merawat kes-kes darah tinggi semasa mengandung dengan tidak mengira usia kandungan.

Menerima ibu-ibu mengandung yang hendak bersalin di hospital.

Menerima kes-kes rujukan dari klinik Kesihatan, Unit Pesakit Luar dan Unit Kecemasan.

Menghantar pesakit-pesakit yang memerlukan rujukan ke Hospital Kuala Terengganu atau Hospital tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Menghantar pesakit-pesakit yang memerlukan rujukan ke Hospital Kuala Terengganu atau Hospital tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Masa discaj akan dimaklumkan kepada pesakit semasa rondaan Pegawai Perubatan.

Pesakit yang keluar dari wad (discaj) akan dibekalkan dengan perkara-perkara berikut mengikut keperluan:
Preskripsi Ubat
Bil Rawatan
Kad Temujanji
Surat Rujukan
Nasihat
Bayi akan mendapat suntikan Imunisasi BCG.

Sekiranya pesakit belum bersalin, pesakit akan diberi:
- Kad Rekod Kesihatan Ibu
- Kad Temujanji (jika perlu)

Bagi pesakit yang telah bersalin, pesakit akan diberi:

Rekod Kesihatan dan Perkembangan Kanak-kanak

Borang pemberitahuan kelahiran

Borang laporan Kelahiran

Kad Rekod Kesihatan Ibu

Senarai kumpulan Penyokong Penyusuan Ibu

Kad Temujanji (jika perlu)

Surat Cuti Sakit (jika perlu)

<<< Pengenalan Unit Pesakit Dalam

>>> Wad Peadiatrik

^ atas