JALAN DA' OMAR, 24000, KEMAMAN, TRG     

 

 

 Hospital Kemaman adalah salah sebuah dari enam buah hospital di negeri Terengganu Darul  Iman. Hospital Kemaman dengan keluasan 10.9 ekar mempunyai 13 buah bangunan yang dibina sejak 1946 hingga 1989. 

Walaubagaimana pun sebahagian  bangunan lama kini telah tiada dan digantikan dengan bangunan bangunan baru bagi memenuhi keperluan dan peningkatan bilangan pesakit daerah Kemaman yang sedang membangun dengan pesat

Bangunan wad bersalin dan wad kanak kanak yang lama telah dirobohkan bagi memberi peluang kepada pembinaan sebuah dewan bedah dan dewan bersalin  yang baru.

Hospital Kemaman memberi    2  perkhidmatan  utama iaitu: 

Perkhidmatan Kecemasan

Perkhidmatan Pesakit Dalam

 

Satu blok wad 4 tingkat telah siap dibina untuk mengambil alih fungsi wad-wad yang lama dan beroperasi sepenuhnya pada Julai 1998. Wad baru ini dapat menampung 100 katil.
Wad-wad yang lama telah diubahsuai untuk kegunaan unit-unit lain dan unit-unit baru yang akan diwujudkan. 

Hospital ini mempunyai 100 buah katil (rasmi) dengan 4 buah wad untuk Rawatan Pesakit Dalam, iaitu Wad Lelaki, Wad Perempuan, Wad
Bersalin dan Wad Kanak-kanak. 

^ atas

Hospital Kemaman,  Jalan Da' Omar , 24000, Kemaman, Terengganu, Tel: 09-8593333   Fax: 09-8595512