JALAN DA' OMAR, 24000, KEMAMAN, TRG     

 

 
PERASMIAN WAD 4 TINGKAT
8 Julai 1999 – Wad 4 Tingkat Hospital Kemaman telah dirasmikan oleh Dato Chua Jui Meng, Menteri Kesihatan Malaysia. Majlis Perasmian ini merupakan kemuncak kepada Hari Terbuka Hospital Kemaman yang diadakan dari 7- 8 Julai 1999.

Pada hari tersebut, ketibaan Dato Chua Jui Meng telah disambut oleh Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu,    Dr. Abd. Razak dan juga Pengarah Hospital Kemaman, To’ Puan Dr. Hajah Rahmah Elias. Beliau telah diberikan penerangan tentang perkembangan bangunan 4 tingkat tersebut, dari mula pembinaan hinggalah keperasmiannya. Secara ringkas bangunan 4 tingkat ini telah mula dibina pada 1 Oktober 1997 dan mula digunakan pada 1 Julai 1999.

Pada kemuncak majlis tersebut, Dato Chua Jui Meng telah diiringi oleh Pengarah Kesihatan Negeri serta Pengarah Hospital Kemaman, ke plat penyataan perasmian bagi menarik tirai –menandakan bangunan 4 tingkat Hospital kemaman telah rasmi untuk digunakan. 

Berikutan majlis perasmian tersebut, Dato Chua Jui Meng telah melawat bilik permainan Wad Kanak-Kanak (Aras 2). 

Majlis kemudian telah diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang diadakan di bilik seminar Hospital Kemaman


Dato' Chua Jui Meng 
memberi ucapan di majlis 
Perasmian Bangunan Wad 4 Tingkat


RASMI - Dato' Chua Jui Meng
menarik tirai Penyataan Perasmian

>>> Berita Semasa