![]() |
SudutFisioterapi
Adakah anda ingin kelihatan segak, sihat, langsing dan bertenaga ???
Caranya mudah sahaja!
Amalkan PENGURUSAN BERAT BADAN yang betul.PENGURUSAN BERAT BADAN
Ketahui Indek Jisim Badan(IJB) anda.FORMULA : Berat Badan ( kg )
Tinggi (m) x Tinggi (m
IJB orang yang sihat adalah : 20 - 25 untuk lelaki
19 - 24 untuk wanitaIJB perlu dikira sekurang-kurangnya 2 kali sebulan
Selain itu, BENTUK BADAN ( Nisbah Pinggang - Pinggul ) boleh digunakan.
Ukur pinggang ( cm ) – ukur di paras pusat
Ukur pinggul ( cm ) – ukur di bahagian lebar/besar di punggung.
FORMULA : Ukuran Pinggang
Ukuran PinggulBagi lelaki kurang 0.9 adalah sihat
Bagi wanita kurang 0.8 adalah sihat
ANDA INGIN KURANG DALAM BERAT BADAN ?
Caranya adalah kurangkan sebanyak 500 kalori sehari dalam 1 minggu
1 minggu = pembakaran sebanyak 3500 kalori tenaga
maksudnya 500 x 7 hari = 3500 kalori3500 kalori selama seminggu yang dibakar = penurunan berat badan sebanyak 1 kg.
Caranya :
a. mengawal pengambilan makanan sebanyak 250 kalori sehari.
b. bersenam untuk membakar lemak sebanyak 250 kalori sehari.Langkah-langkah untuk mencapai berat badan ideal
Perlulah mengamalkan pemakanan yang sihat dan teratur serta senaman yang berterusan :
a. makan makanan daripada kumpulan bijirin seperti kekacang.
b. Tambahkan makanan daripada jenis serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
c. Mengurangkan makanan berlemak dan berkalori tinggi.
d. Mengurangkan pengambilan gula dalam makanan.
e. Makan mestilah mengikut masa yang tetap.