Rehabilitasi 'Stroke'

Ahli Fisioterapi memainkan peranan utama di dalam proses pemulihan pesakit strok atau angin ahmar dengan cuba mengembalikan tahap keupayaan fungsi fizikal pesakit  ke
tahap yang optimum.

Apakah yang dilakukan oleh penyakit strok ?

 
   Anda akan mendapat masalah dari segi mengawal pergerakkan anggota di
        sebelah badan yang lumpuh.
   Anda akan kehilangan deria rasa  di sebahagian badan yang  lumpuh.
   Anda akan mendapat kesusahan dalam melakukan aktiviti berjalan.
   Anda akan dapati anda susah untuk mengimbang badan.
   Anda akan menghadapi masalah sukar untuk bercakap.
  Anda akan merasa sangsi dan ragu-ragu.
Semakin cepat anda mendapatkan rawatan fisioterapi semakin besarlah
peluang untuk mempelajari semula pergerakkan yang telah hilang
melalui saluran saraf sensori dan motor.

Seberapa cepat anda perlu dirujuk kepada Ahli Fisioterapi ?

Anda perlu dirujuk kepada Ahli Fisioterapi secepat yang boleh.


     Beberapa panduan untuk pemulihan awal.
 

  Jangan benarkan sesiapa sahaja menarik bahu yang lumpuh.
  Hindarkan daripada baring lama pada sebelah badan yang lumpuh.
  Selalulah letak dan sokong lengan yang lumpuh dengan alat sokongan seperti bantal.
  Jangan melakukan senaman yang sembarangan kepada anggota yang lumpuh.
  Cuba elakkan membeli atau mengunakan  alat bantuan pergerakkan tanpa
       khidmat nasihat daripada Ahli Fisioterapi anda.
  Cubalah menggunakan kedua-dua belah tangan semasa melakukan
 
 

      Semakin cepat anda mendapatkan rawatan fisioterapi semakin
     besarlah peluang untuk mempelajari semula pergerakkan yang
     telah hilang melalui saluran saraf sensori dan motor.
 
Laman Utama Objektif Piagam Pelanggan Kategori Perkhidmatan Bayaran Perkhidmatan Punca Rujukan Tips Kesihatan Sports Injury Rehabilitasi Pesakit Strok Kata Pujangga Cerebral Palsy